Monday, October 27, 2008

KEPUTUSAN PERTANDINGAN


Keputusan Pertandingan Rumah Indah 2008




Terlebih dahulu pihak persatuan ingin mengucapkan syabas, tahniah dan terima kasih kepada tuan/puan kerana telah sudi menyertai PERTANDINGAN RUMAH INDAH 2008 yang pertama kalinya diadakan pada tahun ini pada 31 Ogos 2008 yang lalu. Kerjasama tuan/puan dalam menjayakan kempen kebersihan rumah ini amatlah dihargai.

Pihak persatuan juga berhasrat untuk menjadikan acara ini sebagai acara tahunan bagi memupuk semangat kerjasama dikalangan warga taman dalam mempastikan taman kita sentiasa berada dalam suasana bersih, cantik dan indah.





Bersama ini disertakan keputusan Panel Hakim bagi rujukan, makluman serta tindakan pihak tuan/puan selanjutnya seperti dilampiran di bawah:


JOHAN RUMAH INDAH

EN MAT ASRI BIN RASAT
NO 1176, LORONG SEMARAK 29/3

NAIB JOHAN RUMAH INDAH

TN HJ ABD RAZAK B ABU HASSAN
NO 1270 JALAN SEMARAK 32

TEMPAT KETIGA RUMAH INDAH

EN AZHAR BIN IDRIS
NO 1220 JALAN SEMARAK 30

JOHAN LANDSKAP

EN ABU LATIFEI B MOHD THANI
NO 1166 LORONG SEMARAK 29/2

JOHAN HIASAN DALAMAN

TN HJ ABD RAZAK B ABU HASSAN
NO 1270 JALAN SEMARAK 32


TETAMU VIP TELAHPUN MELAWAT RUMAH YANG BERJAYA MENJADI JOHAN PADA 25 OKTOBER 2008 YANG LALU.

Hadiah-hadiah kemenangan telah disampaikan oleh YB Tuan Mustapha Salim ADUN Kawasan Lenggeng semasa Majlis Jamuan Hari Raya Taman anjuran KRT pada 25 Oktober 2008 yang lalu.










Tuan Hj Abd Razak Abu Hassan sedang menerima hadiah kemenangan daripada YB Tuan Mustapha Salim.






Wednesday, October 22, 2008

QUOTE OF THE DAY


“There is no such thing as a 'self-made' man. We are made up of thousands of others. Everyone who has ever done a kind deed for us, or spoken one word of encouragement to us, has entered into the make-up of our character and of our thoughts, as well as our success.”

Tuesday, October 21, 2008

JEMPUTAN


JEMPUTAN KE MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI

Bagi pihak Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk, AJK Surau dan AJK KRT Taman Panchor Jaya saya menjemput seluruh warga taman supaya dapat hadir ke Majlis Jamuan ini pada hari Sabtu 25 Oktober 2008 bermula jam 2.00 petang bertempat di Padang sebelah Surau As Salam.

Majlis sambutan Hari Raya ini adalah anjuran bersama antara Rukun Tetangga Taman Panchor Jaya dengan Persatuan Kebajikan Penduduk.


Bawa seluruh ahli keluarga kita untuk turut serta memeriahkan majlis ini kelak. Pelbagai acara menarik akan diadakan pada hari tersebut seperti:

Cabutan Bertuah
Penyampaian Hadiah Pertandingan Rumah Indah
Penyampaian Duit Raya Untuk Kanak-kanak

Beberapa orang tetamu kenamaan dijangka akan menghadiri majlis ini kelak.

Penduduk juga diminta memakai pakaian kebangsaan bersesuaian dengan majlis yang kita anjurkan.


AYAM KATIK AYAM SERAMA,
MENCARI MAKAN DI TEPI PAYA,
BERPAKAIAN CANTIK KITA SEMUA,
SEMPENA MAJLIS HARI RAYA

Tamanku, Keluargaku Dan kampungku.

Monday, October 20, 2008

CERAMAH AGAMA

Assalamualaikum warga taman,




Pada hari Sabtu yang baru lalu, 18 Oktober 2008, Surau As Sallam telah mengadakan ceramah agama. Sebenarnya ini adalah acara bulanan yang diadakan oleh pihak surau.

Ceramah pada kali ini adalah bertajuk 'Panjang Umur Dan Murah Rezeki' yang telah disampaikan oleh Utz Nur Sallam Al Hafiz yang didatangkan khas dari negara jiran.

Utz Nur Sallam bukanlah penceramah asing bagi masyarakat Negeri Sembilan, kerana seperti kata beliau pada lewat tahun 80 an beliau merupakan salah seorang penceramah tersohor yang pergi ke merata tempat di seluruh pelusok nusantara untuk menyampaikan ceramah beliau.

Saya ketika itu juga merupakan salah seorang daripada peminat beliau. Utz Nur Sallam agak bebas ketika itu sebelum digam oleh kerajaan (mengikut kata beliau gam yang digunakan ialah gam gajah)



Sebenarnya ketika itu bukan beliau sahaja yang merupakan pendakwah bebas yang begitu diminati oleh masyarakat Melayu, malahan terdapat ramai lagi orang luar yang datang ke sini untuk berceramah.

Masa itu negara kita antara yang teraman di Asia Tenggara. Di Indonesia sendiri keadaan waktu itu tidak begitu menentu dan kegawatan politik menyukarkan para pendakwah bergiat aktif terutama di zaman akhir pemerintahan Suharto dan di zaman Gus Dur serta Megawati, dimana kita sering menyaksikan keselamatan kurang terjamin dengan rusuhan serta letupan bom di sana sini.



Hari ini ekonomi Indonesia di bawah Bambang Sosilo telah meningkat secara mendadak dan negara mereka telah aman dan jarang sekali kita dengar bom meletup di sana sini.

Malaysia pula agak aman dan ekonomi berkembang pesat ketika itu yang dianggap oleh orang asing terutama dari Indonesia, Myammar, India dan Bangladesh sebagai syurga dunia. Mereka datang dalam pelbagai urusan di negara kita.



Sambutan kepada majlis ceramah tersebut amat menggalakan, bukan sahaja oleh penduduk TPJF6 ini tetapi juga kehadiran orang luar dari taman ini yang agak ramai juga. Kesimpulan yang dapat diberikan oleh Utz Nur Sallam ialah panjang umur dengan amalan dan murah rezeki adalah dengan taqwa.

Buatlah seberapa banyak amalan dimasa hayat kita, bersedekahlah, curahkan ilmu yang bermanafaat, didik anak-anak supaya menjadi anak yang soleh.



Bertaqwalah kepada Allah, amalkan sembahyang malam, baca surah yassin setiap malam, banyakan berdoa, berzikir sepanjang masa walaupun ketika menyedut rokok.

Yang utama, supaya amalan baik kita tidak tertolak, kata Utz Nur Sallam ialah jangan tinggalkan sembahyang 5 waktu, segera bersembahyang dan cuba sedaya upaya berjemaah terutamanya Isyak dan Subuh. 15 seksaan menanti umat Muhammad SAW yang meninggalkan sembahyang.

5 semasa hidup, 3 semasa sakaratulmaut, 3 semasa dalam kubur, 3 semasa dibangunkan kembali dan 1 ketika saat penentuan.

Untuk tidak dilupakan En Abdul Kadir warga taman ini telah menjamu hadiran dengan seekor kambing. Ada orang yang berpantang dengan kambing. Pertama pantang sungguh-sungguh kerana penyakit. Keduanya pantang jumpa.


Saya sejak dari kecil memang tidak makan daging berkaki empat. Tak ada rezeki. Gulai labu juga saya tidak makan. Lalu saya makan di rumah, rendang ayam kampung.

Bagi pihak surau terima kasih daun keladi kepada En Kadir, lain kali bagi lagi. Terima kasih kepada semua yang terlibat dan terima kasih kepada semua yang sempat hadir.

Tamanku, Keluargaku dan Kampungku.

Thursday, October 2, 2008

MALAM RAYA - TAKBIR

Pada tahun ini penduduk Taman Panchor Jaya Fasa 6, meneruskan tradisi bertakbir dari rumah ke rumah pada malam Hari Raya Aidilfitri. Kali ini sebanyak 20 buah rumah telah mengambil bahagian.