Monday, October 20, 2008

CERAMAH AGAMA

Assalamualaikum warga taman,




Pada hari Sabtu yang baru lalu, 18 Oktober 2008, Surau As Sallam telah mengadakan ceramah agama. Sebenarnya ini adalah acara bulanan yang diadakan oleh pihak surau.

Ceramah pada kali ini adalah bertajuk 'Panjang Umur Dan Murah Rezeki' yang telah disampaikan oleh Utz Nur Sallam Al Hafiz yang didatangkan khas dari negara jiran.

Utz Nur Sallam bukanlah penceramah asing bagi masyarakat Negeri Sembilan, kerana seperti kata beliau pada lewat tahun 80 an beliau merupakan salah seorang penceramah tersohor yang pergi ke merata tempat di seluruh pelusok nusantara untuk menyampaikan ceramah beliau.

Saya ketika itu juga merupakan salah seorang daripada peminat beliau. Utz Nur Sallam agak bebas ketika itu sebelum digam oleh kerajaan (mengikut kata beliau gam yang digunakan ialah gam gajah)



Sebenarnya ketika itu bukan beliau sahaja yang merupakan pendakwah bebas yang begitu diminati oleh masyarakat Melayu, malahan terdapat ramai lagi orang luar yang datang ke sini untuk berceramah.

Masa itu negara kita antara yang teraman di Asia Tenggara. Di Indonesia sendiri keadaan waktu itu tidak begitu menentu dan kegawatan politik menyukarkan para pendakwah bergiat aktif terutama di zaman akhir pemerintahan Suharto dan di zaman Gus Dur serta Megawati, dimana kita sering menyaksikan keselamatan kurang terjamin dengan rusuhan serta letupan bom di sana sini.



Hari ini ekonomi Indonesia di bawah Bambang Sosilo telah meningkat secara mendadak dan negara mereka telah aman dan jarang sekali kita dengar bom meletup di sana sini.

Malaysia pula agak aman dan ekonomi berkembang pesat ketika itu yang dianggap oleh orang asing terutama dari Indonesia, Myammar, India dan Bangladesh sebagai syurga dunia. Mereka datang dalam pelbagai urusan di negara kita.



Sambutan kepada majlis ceramah tersebut amat menggalakan, bukan sahaja oleh penduduk TPJF6 ini tetapi juga kehadiran orang luar dari taman ini yang agak ramai juga. Kesimpulan yang dapat diberikan oleh Utz Nur Sallam ialah panjang umur dengan amalan dan murah rezeki adalah dengan taqwa.

Buatlah seberapa banyak amalan dimasa hayat kita, bersedekahlah, curahkan ilmu yang bermanafaat, didik anak-anak supaya menjadi anak yang soleh.



Bertaqwalah kepada Allah, amalkan sembahyang malam, baca surah yassin setiap malam, banyakan berdoa, berzikir sepanjang masa walaupun ketika menyedut rokok.

Yang utama, supaya amalan baik kita tidak tertolak, kata Utz Nur Sallam ialah jangan tinggalkan sembahyang 5 waktu, segera bersembahyang dan cuba sedaya upaya berjemaah terutamanya Isyak dan Subuh. 15 seksaan menanti umat Muhammad SAW yang meninggalkan sembahyang.

5 semasa hidup, 3 semasa sakaratulmaut, 3 semasa dalam kubur, 3 semasa dibangunkan kembali dan 1 ketika saat penentuan.

Untuk tidak dilupakan En Abdul Kadir warga taman ini telah menjamu hadiran dengan seekor kambing. Ada orang yang berpantang dengan kambing. Pertama pantang sungguh-sungguh kerana penyakit. Keduanya pantang jumpa.


Saya sejak dari kecil memang tidak makan daging berkaki empat. Tak ada rezeki. Gulai labu juga saya tidak makan. Lalu saya makan di rumah, rendang ayam kampung.

Bagi pihak surau terima kasih daun keladi kepada En Kadir, lain kali bagi lagi. Terima kasih kepada semua yang terlibat dan terima kasih kepada semua yang sempat hadir.

Tamanku, Keluargaku dan Kampungku.

No comments: