Monday, October 27, 2008

KEPUTUSAN PERTANDINGAN


Keputusan Pertandingan Rumah Indah 2008




Terlebih dahulu pihak persatuan ingin mengucapkan syabas, tahniah dan terima kasih kepada tuan/puan kerana telah sudi menyertai PERTANDINGAN RUMAH INDAH 2008 yang pertama kalinya diadakan pada tahun ini pada 31 Ogos 2008 yang lalu. Kerjasama tuan/puan dalam menjayakan kempen kebersihan rumah ini amatlah dihargai.

Pihak persatuan juga berhasrat untuk menjadikan acara ini sebagai acara tahunan bagi memupuk semangat kerjasama dikalangan warga taman dalam mempastikan taman kita sentiasa berada dalam suasana bersih, cantik dan indah.





Bersama ini disertakan keputusan Panel Hakim bagi rujukan, makluman serta tindakan pihak tuan/puan selanjutnya seperti dilampiran di bawah:


JOHAN RUMAH INDAH

EN MAT ASRI BIN RASAT
NO 1176, LORONG SEMARAK 29/3

NAIB JOHAN RUMAH INDAH

TN HJ ABD RAZAK B ABU HASSAN
NO 1270 JALAN SEMARAK 32

TEMPAT KETIGA RUMAH INDAH

EN AZHAR BIN IDRIS
NO 1220 JALAN SEMARAK 30

JOHAN LANDSKAP

EN ABU LATIFEI B MOHD THANI
NO 1166 LORONG SEMARAK 29/2

JOHAN HIASAN DALAMAN

TN HJ ABD RAZAK B ABU HASSAN
NO 1270 JALAN SEMARAK 32


TETAMU VIP TELAHPUN MELAWAT RUMAH YANG BERJAYA MENJADI JOHAN PADA 25 OKTOBER 2008 YANG LALU.

Hadiah-hadiah kemenangan telah disampaikan oleh YB Tuan Mustapha Salim ADUN Kawasan Lenggeng semasa Majlis Jamuan Hari Raya Taman anjuran KRT pada 25 Oktober 2008 yang lalu.










Tuan Hj Abd Razak Abu Hassan sedang menerima hadiah kemenangan daripada YB Tuan Mustapha Salim.






Wednesday, October 22, 2008

QUOTE OF THE DAY


“There is no such thing as a 'self-made' man. We are made up of thousands of others. Everyone who has ever done a kind deed for us, or spoken one word of encouragement to us, has entered into the make-up of our character and of our thoughts, as well as our success.”

Tuesday, October 21, 2008

JEMPUTAN


JEMPUTAN KE MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI

Bagi pihak Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk, AJK Surau dan AJK KRT Taman Panchor Jaya saya menjemput seluruh warga taman supaya dapat hadir ke Majlis Jamuan ini pada hari Sabtu 25 Oktober 2008 bermula jam 2.00 petang bertempat di Padang sebelah Surau As Salam.

Majlis sambutan Hari Raya ini adalah anjuran bersama antara Rukun Tetangga Taman Panchor Jaya dengan Persatuan Kebajikan Penduduk.


Bawa seluruh ahli keluarga kita untuk turut serta memeriahkan majlis ini kelak. Pelbagai acara menarik akan diadakan pada hari tersebut seperti:

Cabutan Bertuah
Penyampaian Hadiah Pertandingan Rumah Indah
Penyampaian Duit Raya Untuk Kanak-kanak

Beberapa orang tetamu kenamaan dijangka akan menghadiri majlis ini kelak.

Penduduk juga diminta memakai pakaian kebangsaan bersesuaian dengan majlis yang kita anjurkan.


AYAM KATIK AYAM SERAMA,
MENCARI MAKAN DI TEPI PAYA,
BERPAKAIAN CANTIK KITA SEMUA,
SEMPENA MAJLIS HARI RAYA

Tamanku, Keluargaku Dan kampungku.

Monday, October 20, 2008

CERAMAH AGAMA

Assalamualaikum warga taman,




Pada hari Sabtu yang baru lalu, 18 Oktober 2008, Surau As Sallam telah mengadakan ceramah agama. Sebenarnya ini adalah acara bulanan yang diadakan oleh pihak surau.

Ceramah pada kali ini adalah bertajuk 'Panjang Umur Dan Murah Rezeki' yang telah disampaikan oleh Utz Nur Sallam Al Hafiz yang didatangkan khas dari negara jiran.

Utz Nur Sallam bukanlah penceramah asing bagi masyarakat Negeri Sembilan, kerana seperti kata beliau pada lewat tahun 80 an beliau merupakan salah seorang penceramah tersohor yang pergi ke merata tempat di seluruh pelusok nusantara untuk menyampaikan ceramah beliau.

Saya ketika itu juga merupakan salah seorang daripada peminat beliau. Utz Nur Sallam agak bebas ketika itu sebelum digam oleh kerajaan (mengikut kata beliau gam yang digunakan ialah gam gajah)



Sebenarnya ketika itu bukan beliau sahaja yang merupakan pendakwah bebas yang begitu diminati oleh masyarakat Melayu, malahan terdapat ramai lagi orang luar yang datang ke sini untuk berceramah.

Masa itu negara kita antara yang teraman di Asia Tenggara. Di Indonesia sendiri keadaan waktu itu tidak begitu menentu dan kegawatan politik menyukarkan para pendakwah bergiat aktif terutama di zaman akhir pemerintahan Suharto dan di zaman Gus Dur serta Megawati, dimana kita sering menyaksikan keselamatan kurang terjamin dengan rusuhan serta letupan bom di sana sini.



Hari ini ekonomi Indonesia di bawah Bambang Sosilo telah meningkat secara mendadak dan negara mereka telah aman dan jarang sekali kita dengar bom meletup di sana sini.

Malaysia pula agak aman dan ekonomi berkembang pesat ketika itu yang dianggap oleh orang asing terutama dari Indonesia, Myammar, India dan Bangladesh sebagai syurga dunia. Mereka datang dalam pelbagai urusan di negara kita.



Sambutan kepada majlis ceramah tersebut amat menggalakan, bukan sahaja oleh penduduk TPJF6 ini tetapi juga kehadiran orang luar dari taman ini yang agak ramai juga. Kesimpulan yang dapat diberikan oleh Utz Nur Sallam ialah panjang umur dengan amalan dan murah rezeki adalah dengan taqwa.

Buatlah seberapa banyak amalan dimasa hayat kita, bersedekahlah, curahkan ilmu yang bermanafaat, didik anak-anak supaya menjadi anak yang soleh.



Bertaqwalah kepada Allah, amalkan sembahyang malam, baca surah yassin setiap malam, banyakan berdoa, berzikir sepanjang masa walaupun ketika menyedut rokok.

Yang utama, supaya amalan baik kita tidak tertolak, kata Utz Nur Sallam ialah jangan tinggalkan sembahyang 5 waktu, segera bersembahyang dan cuba sedaya upaya berjemaah terutamanya Isyak dan Subuh. 15 seksaan menanti umat Muhammad SAW yang meninggalkan sembahyang.

5 semasa hidup, 3 semasa sakaratulmaut, 3 semasa dalam kubur, 3 semasa dibangunkan kembali dan 1 ketika saat penentuan.

Untuk tidak dilupakan En Abdul Kadir warga taman ini telah menjamu hadiran dengan seekor kambing. Ada orang yang berpantang dengan kambing. Pertama pantang sungguh-sungguh kerana penyakit. Keduanya pantang jumpa.


Saya sejak dari kecil memang tidak makan daging berkaki empat. Tak ada rezeki. Gulai labu juga saya tidak makan. Lalu saya makan di rumah, rendang ayam kampung.

Bagi pihak surau terima kasih daun keladi kepada En Kadir, lain kali bagi lagi. Terima kasih kepada semua yang terlibat dan terima kasih kepada semua yang sempat hadir.

Tamanku, Keluargaku dan Kampungku.

Thursday, October 2, 2008

MALAM RAYA - TAKBIR

Pada tahun ini penduduk Taman Panchor Jaya Fasa 6, meneruskan tradisi bertakbir dari rumah ke rumah pada malam Hari Raya Aidilfitri. Kali ini sebanyak 20 buah rumah telah mengambil bahagian.





































































































Friday, September 26, 2008

MAJLIS KHATAM AL QURAN

Setiap tahun Surau As Salam Taman Panchor Jaya mengadakan majlis membaca Al Quran sepanjang bulan Ramadan yang mulia. Majlis ini merupakan program tetap yang dianjurkan oleh AJK Pengurusan Surau.


Sambutan pada tahun ini amat menggalakan dimana sebanyak lebih 40 peserta telah mengambil bahagian. Selalunya para peserta akan memulakan bacaan mereka sebaik selesai mengerjakan sembahyang sunat tarawih.

Program membaca Al Quran ini diakhiri dengan majlis khatam pada penghujung bulan Ramadan dan selalunya AJK Pengurusan akan memilih malam 27 Ramadan untuk mengadakan upacara khatam ini.

Semalam 26 Ramadan, pihak AJK Surau As Salam telah mengadakan Majlis Khatam serentak dengan Majlis Berbuka Puasa, Penyampaian Bantuan kepada anak-anak yatim dan diakhiri dengan majlis Qiamullai pada awal paginya.

Majlis pada kali ini nampaknya lebih meriah dengan kehadiran tetamu khas iaitu YB Tuan Mustapha Salim Ahli Dewan Undangan Kawasan Lenggeng. YB juga turut menyumbangkan bantuan kepada pihak surau sebanyak RM1000.00. Terima kasih YB.

Untuk sekadar rekod, jamuan berbuka puasa pada kali ini telah ditanggung sepenuhnya oleh Saudara Putra seorang usahawan yang tinggal di Taman ini. Terima kasih Putra.

Majlis bermula sejak pukul 5.30 petang dengan anak-anak memperdengarkan bacaan masing-masing sambil diawasi oleh Ustaz Omar dan Ustaz Mohd Fadzli.





YB Tuan Mustapha Salim tiba pada jam 6.30 petang dan beliau telah turut sama di dalam majlis tersebut


Pada majlis ini sekali lagi AJK Surau memperlihatkan komitmen yang tinggi dalam mempastikan program berjalan lancar. Pengerusi Surau Tuan Hj Abdullah, telah berada di perkarangan surau seawal jam 5 petang untuk mempastikan majlis berjalan seperti yang dirancangkan.

Kegigihan setiausaha saudara Khalid dibantu oleh ramai AJK seperti Al Jaffri, Zul, tuan Hj Amin, khairuddin, Pak Ya dan ramai lagi menyakinkan kita bahawa setiap program akan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Tidak ketinggalan dalam memberikan bantuan tenaga ialah para kaum ibu yang datang begitu ramai kali ini.



Untuk penduduk taman, dipaparkan gambar-gambar yang sempat dirakamkan sempena majlis tersebut. Harap maaf kerana terdapat gambar2 yang tidak begitu jelas:


"Apo kojo ea acik Khalid ni???







Alamak...rokok tertinggal..






Menunggu Azan berkumandang












Kanak-kanak paling seronok






Mano bilal ni, tolupo ko dio nak azan..



Tadi nikmat berbuka, kini nikmat kedua, menyedut "Aku biar nasi lambat,asalkan ada asap ni..."








"Terima kasih kerana sudi datang. Untuk meneruskan majlis saya mempersilakan Tuan Pengerusi Surau As Salam untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.."



Terima kasih para dermawan, terima kasih YB kerana bantuan RM1000.00, terima kasih Tuan Hj Amraan kerana memberi towel, terima kasih semua...


Assalamualaikum..saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menerangkan sedikit mengenai.......saya bukan meminta simpati sesiapa....Tahniah saya ucapkan kepada Surau As Salam atas penganjuran program ini...













SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI WARGA TAMAN, MARI KITA SALING MEMAAFI ANTARA SATU SAMA LAIN.