Monday, September 1, 2008

TERIMA KASIH WARGA TAMAN
















Pada 23 Ogos 2008 yang lalu iaitu pada pagi Sabtu, penduduk Taman ini telah mengadakan dua program kemasyarakatan secara serentak. Dua program tersebut ialah Gotong Royong Perdana dan Kempen Bumi Hijau.

Kedua-dua program ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Yunus Rahmat, EXCO Pertanian Dan Industri Asas Tani, NSDK.

Beliau telah merakamkan penghargaan kepada penduduk taman kerana Taman Panchor Jaya Fasa 6, merupakan taman yang pertama menyahut seruan kerajaan dalam melaksanakan Kempen Bumi Hijau ini setelah ianya dilancarkan di perigkat negeri tidak lama dahulu.

YB Dato' Yunus Rahmat juga memuji sikap penduduk yang masih terus mengamalkan kongsep gotong royong dalam melaksanakan sesuatu program kemasyarakatan.

Program ini sesungguhnya memberi peluang kepada penduduk taman untuk berinteraksi secara terus setelah sekian lama tidak melibatkan diri dalam aktiviti seperti ini.


Melihat kesungguhan penduduk taman menyertai program yang dianjurkan oleh persatuan membuatkan saya rasa terharu. Semuanya komited untuk menjayakan program ini. Saya ingin merakamkan rasa penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh warga taman yang telah sudi menyahut seruan persatuan supaya keluar beramai-ramai pada hari tersebut.

Terima kasih kepada Tuan Hj Abdullah Pengerusi Surau dan AJK nya kerana tanpa rasa prejudis telah membantu menjayakan program persatuan. Tanpa tuan siapalah kami.

Terima kasih kepada orang di belakang tabir En Ab Rahim, Pegawai Tinggi dari SUK yang juga merupakan AJK persatuan. Sesungguhnya kehadiran YB Dato' Yunus Rahmat ke taman kita adalah usaha beliau sepenuhnya. Tanpa beliau tidak mungkin YB Dato' Yuus akan sampai ke sini.

Begitu juga dengan program Pelancaran Bumi Hijau, adalah merupakan idea beliau. Terima kasih kepada Jabatan Perikanan Negeri khususnya Tuan Hj Suffian selaku Pengarah yang telah bermurah hati memberikan bantuan kepada 10 penternak di taman ini untuk memulakan projek menternak ikan keli.

Terima kasih kepada Pengarah Pertanian Negeri Sembilan En Zabidi, kerana telah memberikan bantuan benih sayur-sayuran kepada lebih daripada 100 warga taman untuk memulakan program Bumi Hijau. Saya berdoa agar semua bantuan ii dimanfaatkan sebaik mungkin oleh penduduk taman.

Terima kasih kepada pihak MPS dan SWM yang telah meyumbangkan banyak peralatan serta tenaga kerja yang terlatih dalam menjayakan program ini. Terima kasih khusus kepada En Iskandar Ariffin, seorang lagi warga taman, pegawai MPS yang banyak memainkan peranan di belakang tabir. Sesungguhnya bantuan tuan amat kami hargai.

Terima kasih kepada kumpulan silat dan kompang yang diterajui oleh Pak Ya. Sumbangan kalian amat besar ertinya dalam memeriahkan program persatuan.

Terima kasih kepada YB Mustapha Salim ADUN Lenggeng, yang walaupun tidak dapat menghadirkan diri, namun masih sempat menghatar wakil ke program kami. Budi baik tuan akan tetap kami kenang.

Terima kasih kepada Pengarah Rela Negeri dan anggotanya yang telah turut meyumbangkan tenaga kerja pada hari tersebut.

Terima kasih kepada semua AJK Persatuan kerana telah menyokog program ini. Tanpa sokongan kuat dari tuan seperti, Bang Khalid, Bang Mokhtar, Bang Talib, Bang Md Shah, Bang Md Zin, Bang Hanif, Bang Din, Jeff, Bang Rosli, Kak Hasanah, Kak Siti Rijah, Pak Ya, Pak Abu,....ah ramainya jika mahu disebut satu persatu. Terima kasih kepada tuan Bendahari yang telah bertungkus lumus mengutip yuran dan menjual baju T.

Terima kasih kepada Ustaz Wan Mohd Nizam atas usaha mendapatkan alat siar raya dan bacaan doa. Terima kasih kepada Pak Mat yang telah memberikan pinjaman bunga pasu dan 4 batang pokok buah untuk ditanam di perkarangan Surau As Salam.

Terima kasih kepada AJK Wanita yang telah bertungkus lumus meyediakan makanan dan minuman pada hari tersebut. Tanpa mereka akan kehausan dan kelaparanlah kita.

Terima kasih kepada semua individu yang telah menghulurkan bantuan samada berupa tenaga mahupun wang ringgit.

Sekali lagi TERIMA KASIH WARGA TAMAN PANCHOR JAYA FASA 6. YOU ARE THE BEST....




No comments: